Monday, 8 July 2013

Jom banyakkan pahala di bulan ramadhan.


Assalamualaikum,

(Kali ini rasa nak menulis dalam Bahasa Malaysia sahaja. Penat speaking london :p)
Terasa sangat dekat aura Ramadhan. Tahun ini saya akan berpuasa sebagai seorang ibu dan seorang isteri. Saya dapat rasakan cabaran berpuasa nanti kerana saya masih menyusukan si kecil Husna Zahra saya. Walaubagaimanapun, saya tak mahu jadikan ini satu alasan. Kenapa? Bulan Ramdhan ini bulan yang sgt2 mulia, entah boleh atau tidak saya berjumpa tahun depan. jadi jom pulun habis-habis bulan ini.

"Madam, macam mana kita nak banyakkan pahala di bulan Ramdhan ni ya? Dahla kita kekurangan tenaga, lapar, dari pagi sampai petang kelas, malam kadang2 terawikh pun terlepas"

" Banyak sangat pahala yang Allah berikan pada bulan mulia ni. Kita tahu bulan ni, semua pintu neraka ditutup, pintu syurga dibuka seluas-luasnya. Jadi, sekecil2 kebaikan kita buat, contohnya kita mengelak daripada memijak semut; hatta itupun Allah kurniakan pahala"

"Penat? Memang penat anak2. Tapi tahu tak, orang yang berpuasa ni sebenarnya sangat kuat. Saya teringat  pada masa zaman peperangan Badar di mana peperangan ini terjadi pada 2 Ramadhan. Peperangan ini memperlihatkan kemenangan besar umat Islam yang hanya bejumlah 300 orang jika dibandingkan dengan tentera musyirikin seramai 1000 orang. Hebatkan. Kenapa hebat?"


"Kerana mujahidin dahulu MENDIDIK hati mereka untuk menang kerana Allah"

" Begitu juga dengan kita, jangan jadikan alasan tidak larat untuk tidak bertadarus, bersedekah, dan membuat kebaikan yg lain. Nak PALING MUDAH? SHARE doa, zikir, himpunan nasihat di FB.Ini secara tak langsung kita dapat pahala free mengingatkan rakan2, bahkan kita secara tak langsung mengingatkan diri kita sendiri. hebatkan? "

MAKAN ATAU MELANTAK?



Hoho, terjadi pada sesiapa sahaja, bukan sebab kita lapar, tapi menjurus kepada RAMBANG MATA melihat makanan. Baiklah, menyentuh bab pemakanan (al-maklumlah mengajar nutrition) di bulan puasa, konsepnya sama sahaja. MAKANAN KENA SEIMBANG. Perlu seimbangkan pengambilan Karbohodrat, protein dan Lemak. Senang sahaja, ikut sunnah Nabi kita, as RULES to FOLLOW:


  1. Berbuka dengan tamar dan air. Kalau takda tamar, memadai dengan buah-buahan. kenapa? Kerana apabila kita berpuasa seharian, tubuh kekurangan sumber tenaga ringkas yg datangnya daripada karbohidrat (glukosa, sukrosa). Therefore, immediate energy production is needed.
  2. Selepas solat maghrib, bolehlah menikmati makanan dalam kuantiti yang banyak sedikit. JANGAN BANYAK SGT macam ULAR SAWA. Memadai dengan rasa kenyang (bukan kenyang melampau) kerana kita perlu untuk bersolat Isyak dan terawikh. 
  3. Selepas terawikh, bolehla mengambil makanan snek, tidak terlalu berat (contoh: bubur kacang, buah2, kuih). Kalau kita makan terlalu berat sebelum tidur, ini akan membebankan perut. Banyak tenaga akan digunakan utk proses penghadaman, bukan untuk proses pemulihan. 
  4. Jangan lupa banyakkan minum air, lebih2 lagi untuk ibu yang menyusu (3 litre sehari)




Bulan puasa ni sebenarnya melatih nafsu kita, dan seharusnya memberi rehat pada tubuh. Akan tetapi sebaliknya berlaku. Kalau teringin sangat hendak membeli makanan di bazar, boleh. Tapi pilihla yang BERSIH, BERKHASIAT (tidak banyak minyak). Lagi nikmat jika kita sama2 dapat menyediakan juadah berbuka, lagi rapat silaturrahim.


JOM SAMA-SAMA MEMERIAHKAN BULAN RAMADAHAN INI 






Supplemen yang boleh membantu ketika puasa. Semoga dapat memperbanyakkan ibadah di bulan mulia ini


Masyita


" Yang baik itu dari Allah, yang kurang itu dari saya"

Do visit my page at:

https://www.facebook.com/HealthAndRejuvenate?ref=hl (health and rejuvenate)
https://www.facebook.com/LittleMujaheedsHijab?ref=hl (Little Mujaheed's hijab)
https://www.facebook.com/mmmzm (Masyita Mamot)

Contact:

H/P: 013-3328563
Email: masyita_mamot@yahoo.com


No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
I am a mother to my little Husna Zahra,a working ummi, strict lecturer yet soft spoken (eceh). I love writing especially on nutrition. An independent distributor for Shaklee product and long wear hijab